39 pesara MPK dirai, terima RM2,000 seorang

Iklan
Hamdan (tengah) menyampaikan replika cek saguhati pesara berjumlah RM78,000 kepada wakil pesara pada Majlis Persaraan Warga Kerja MPK di sebuah hotel di Kuantan hari ini.

KUANTAN - Seramai 39 pesara Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) terima RM2,000 saguhati dari jabatan itu membabitkan jumlah keseluruhan RM78,000.

Jumlah itu diumumkan Yang Dipertua MPK, Datuk Hamdan Hussin pada majlis Persaraan Warga Kerja MPK bertemakan Jasamu Dikenang, Budimu Dijujung di sebuah hotel di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia sebagai tanda menghargai jasa-jasa dan pengalaman bekas kakitangannya yang telah berkhidmat antara 18 ke 36 tahun itu.

"Daripada 39 pesara tersebut, 18 daripadanya pesara wajib; 16 pilihan; dua meninggal dunia dan tiga lagi telah tamat kontrak.

Iklan

"MPK berdepan cabaran besar apabila negara dan dunia memasuki era pandemik Covid-19 dan zaman digital adalah salah satu solusi pandemik. Kita (juga) perlu turun ke bawah sana untuk memberi pemahaman kepada masyarakat.

"Saya mengharapkan kakitangan dapat menempuhnya bersama meskipun letih," katanya ketika berucap di hadapan lebih 250 kakitangannya hari ini.

Iklan