Kuala Lumpur tak goyang tanpa dua tonggak

Iklan
Foto Malaysian Hockey Confederation

KUALA LUMPUR percaya mereka mampu melakar kemenangan pada aksi separuh akhir Piala Tun Abdul Razak 2020 menentang Perak esok walaupun mungkin terpaksa turun tanpa dua tonggak utamanya.

Kecederaan serius pada bahagian lutut kiri pemain pertahanan, Nor Azrul Abdul Rahman dan kecederaan paha penyerang Shahril Saabah mencetus resah skuad ibu kota itu.

Iklan
Iklan

Presiden Persatuan Hoki Kuala Lumpur, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, penyertaan pemain itu adalah bergantung kepada tahap kecederaan mereka dan beliau tidak dapat menjangkakan sama ada dua pemain itu dapat beraksi pada separuh akhir.

"Bagi saya kecederaan adalah perkara biasa, pasukan lain turut mengalami perkara sama. Namun, saya percaya jurulatih (S Selvaraju) tentunya mempunyai ramuan tersendiri, dalam menangani situasi getir ini.

Iklan

"Saya yakin dengan kemampuan Selvaraju walaupun masih muda namun dia pastinya sudah bersedia dengan taktikal tersendiri untuk menyekat kemaraan Perak.

"Memang Perak turun selaku pasukan pilihan dengan ramai pemain kebangsaan, tetapi saya percaya kejutan mampu dilakar kami, berdasarkan faktor pasukan saya yang dibarisi pemain berpengalaman,” katanya dalam satu kenyataan media di Kuala Lumpur hari ini.

Iklan

Kuala Lumpur mara ke separuh akhir selepas berjaya mengatasi PDRM 3-2 dalam aksi suku akhir pada Selasa.