Padah bergurau telan telefon bimbit

Iklan
Telefon bimbit tersebut dikesan pada perut lelaki terbabit menerusi pemeriksaan ultrabunyi. - Foto Agensi

KAHERAH - Seorang pemuda di Mesir menelan sebuah telefon bimbit ketika bergurau dengan rakannya kira-kira tujuh bulan lalu.

Media tempatan hari ini melaporkan gajet tersebut dikesan berada di dalam perut lelaki berusia 28 tahun itu selepas dia menjalani pemeriksaan ultrabunyi di sebuah hospital di wilayah Benha di utara Kaherah.

Iklan
Iklan

Perunding tumor paru-paru dan pakar bedah jantung, Dr Mohammed al-Jazar di hospital berkenaan turut mengesahkan perkara tersebut.

"Pesakit terbabit dirujuk ke jabatan pembedahan umum untuk menjalani prosedur kecemasan," lapor akhbar Al-Watan memetik kenyataannya.

Iklan

Sementara itu, portal berita Akhbar al Youm melaporkan lelaki terbabit tidak memaklumkan mengenai perkara itu kepada keluarganya.

"Dia menyangka dapat memuntahkannya semula selepas berbuat demikian, namun objek itu terus tersekat di dalam perutnya," kata portal itu lagi. - Agensi

Iklan