KUALA KRAI - Kereta Honda Civic EK milik kakitangan kerajaan yang hilang di Flat Sri Guchil Damai pagi semalam ditemui dalam tempoh kurang 24 jam.
Bagaimanapun suspek berjaya melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata, kereta tersebut ditemui pasukan polis yang sedang membuat rondaan sekitar Tempoyak, Ketereh jam 10.30 malam.
"Penemuan dalam masa singkat hasil kerjasama orang ramai yang setiap masa menyalurkan maklumat kepada pihak polis.
[ ARTIKEL BERKAITAN: 'Dah cabut bateri pun kereta kena curi juga' ]
"Ketika ditemui kereta dipandu lelaki dengan plat kereta tersebut telah pun ditukar," katanya.
Abdullah berkata, polis sedang giat mengesan seorang lelaki bagi membantu beberapa kes curi kenderaan di daerah ini.
"Che Adly Mohamed, beralamat Kampung Kubang Laka, Peringat,Melor dicari untuk membantu siasatan kes ini serta beberapa kes kecurian kereta di Kuala Krai.
"Berikutan penemuan itu polis turut menjumpai 13 unit kunci kereta kepala hitam pelbagai jenis, parang panjang, tombol pintu dipercayai untuk tujuan curi kereta milik suspek," katanya.