Mesej Arteta buat Ozil

Iklan
Pemain Arsenal meraikan jaringan ketika menentang Leicester City pada aksi Piala Liga di Stadium King Power. - Foto Arsenal

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta menegaskan setiap pemain senior The Gunners perlu menjadi contoh dalam mengemudi pemain muda selepas kelab London itu melakar kemenangan 2-0 ke atas Leicester City pada aksi Piala Liga di Stadium King Power.

Menurut pengendali kelahiran Sepanyol berusia 38 tahun itu, beliau amat berpuas hati dengan komitmen padu diberikan pemain-pemain Arsenal dalam perlawanan berprofil tinggi berkenaan.

Iklan
Iklan

"Saya sangat gembira dengan corak persembahan, sikap dan cara pemain-pemain The Gunners mengharungi permainan berkenaan secara mental.

"Pada perlawanan ini pemain senior memimpin secara langsung perlawanan dan saya dapat melihat bahawa mereka datang ke Stadium King Power untuk memenangi perlawanan.

Iklan

"Sikap pemain senior ini secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan cara permainan pemain muda The Gunners pada perlawanan ini,” katanya.

Reaksi bekas penolong Pep Guardiola di Manchester City ini secara tidak langsung merupakan mesej ditujukan Mesut Ozil yang tidak bermain dalam perlawanan itu.

Iklan

Pemain tengah kelahiran Jerman itu tidak bermain untuk The Gunners sejak Mac, biarpun begitu Arteta menegaskan bahawa bukan hanya pemain berusia 31 tahun berkenaan berada dalam situasi sedemikian.

"Saya sangat gembira dengan persembahan menentang Leicester City, jadi boleh bayangkan betapa sukarnya untuk jurulatih memilih pemain-pemain membarisi kesebelasan utama dan simpanan kelab dalam sesuatu perlawanan.

"Kelab ini sedang berkembang, anda dapat melihat tahap yang mereka capai dan di sinilah kita berada pada masa ini. Kami mahu berkembang lebih banyak dan bermain lebih baik seterusnya bersaing lebih baik pada masa depan, jadi momentum sebegini perlu terus dikekalkan.

"Kami memilih pemain yang kami percaya adalah yang terbaik untuk setiap permainan. Anda dapat melihat kami terus berlatih, itulah yang kami cuba lakukan.

"Anda dapat melihat pemain yang kami ganti, kami gunakan, sangat sukar setiap minggu bukan untuk Ozil sahaja tetapi untuk beberapa pemain lain juga untuk mendapat tempat dalam skuad. Setiap minggu kami cuba memilih pemain yang tepat.

"Situasi ini juga sukar bagi pemain lain yang tidak terlibat dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan juga Piala Liga. Kami mempunyai skuad seramai 26 ke 27 pemain pada masa ini dan jadi realistiknya kami tidak dapat memberikan masa bermain kepada mereka semua.”

Pada aksi saingan tertua Inggeris itu jaringan sendiri pemain The Foxes, Christian Fuchs pada minit ke-57 diikuti jaringan lewat perlawanan Eddie Nketiah memastikan kemaraan Arsenal ke pusingan keempat.