KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan dakwaan terdapat jangkitan koronavirus (Covid-19) dalam kalangan warga tentera setelah mencelup jari dalam dakwat sewaktu proses mengundi awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kelmarin.
Markas ATM, dalam kenyataan hari ini, menyebut maklumat yang tular di media sosial adalah tidak benar dan boleh menimbulkan kekeliruan, kebimbangan masyarakat serta mengganggu proses PRN Sabah, Sabtu ini.
Iklan
Iklan
"Mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” menurut kenyataan itu.
Oleh itu, orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan sebarang berita yang boleh mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.
"Sila dapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan situasi semasa penularan wabak berkenan,” menurut kenyataan itu. - Bernama