Lelaki lemas ketika memancing

Iklan
Seorang lelaki ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika memancing di Sungai Batu, Taman Wilayah, Selayang hari ini.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika memancing di Sungai Batu, Taman Wilayah, Selayang di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Nordin Fauzi berkata, sepasukan anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang dikerahkan ke lokasi setelah menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.29 petang.

Iklan
Iklan

"Setibanya di tempat kejadian, seorang lelaki berumur 31 tahun disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika sedang memancing dan mayatnya dibawa ke tebing oleh orang ramai sebelum anggota bomba tiba di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis. - Bernama