Mohd Shafie mohon maaf adakan PRN ketika Covid-19

Iklan
Mohd Shafie - Foto Bernama

KOTA KINABALU – Pergolakan politik yang berlaku di negara ini termasuk Sabah yang membabitkan perebutan kuasa bagi mengambil alih kerajaan yang dipimpin oleh Parti Warisan Sabah (Warisan) menyebabkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah terpaksa dibubarkan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, melalui pembubaran DUN itu membolehkan sistem demokrasi yang ada dapat dilaksanakan dan rakyat boleh menentukan siapa kerajaan yang memiliki kuasa selepas pilihan raya.

Iklan
Iklan

"Saya sedar dan tahu pada hari ini kita berhadapan dengan pilihan raya ke-16 di Sabah dan dalam kesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Sabah kerana berdepan pilihan raya dalam keadaan Covid-19.

"Keadaan ini juga memungkinkan kita berkempen bahkan juga mendampingi pengundi yang ada di setiap kawasan DUN dalam keadaan Covid-19 dan kemungkinan kita terjangkit dengan penyakit ini,” katanya dalam amanat khas kepada rakyat Sabah menerusi laman sosial Facebook Shafie Apdal malam ini.

Iklan

Beliau yang juga Presiden Warisan berkata, pilihan raya yang diadakan dilihat cukup penting di negeri ini bagi memastikan rakyat mempunyai kerajaan dan wakil rakyat yang bermaruah, martabat, berintegriti bagi berkhidmat kepada rakyat dan negara.

"Saya berharap sungguh dalam usaha kita untuk menambat undi yang ada, kita harus berhati-hati dan berjaga-jaga supaya masalah Covid-19 ini tidak menjangkiti mana-mana pihak khususnya para pengundi.

Iklan

"Dalam kesempatan ini juga saya ingin meminta agar tunaikan tanggungjawab kita selaku pemilih yang mempunyai hak dalam perlembagaan Malaysia bagi membolehkan kita memilih siapa perlu menjadi wakil rakyat dan kerajaan di Sabah,” katanya.