KVSM lahirkan graduan untuk IR4.0

Iklan
Pengajar sedang menunjukkan cara sebenar mengendalikan alatan elektronik.

MANJUNG - Kolej Vokasional Seri Manjung (KVSM) bersedia membantu negara menghadapi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dengan menawarkan bakal graduannya dua kursus utama iaitu Program Teknologi Elektrik dan Program Teknologi Elektronik.

Iklan
Iklan

Pengarah KVSM, Mazlin Md Zain berkata, kursus-kursus berkenaan memberikan lebih fokus kepada latihan hands-on yang akan meningkatkan kemahiran pelajar secara langsung.

"Pendekatan bertumpukan kemahiran yang dilaksanakan di KVSM akan memudahkan pelajar memasuki pekerjaan berteraskan bidang teknik dan vokasional (TVET) yang merupakan pra syarat untuk sesebuah negara maju.

Iklan

"Setiap pelajar akan mengikuti pengajian di KVSM selama empat tahun, dua tahun bagi peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan dua tahun seterusnya bagi peringkat Diploma Vokasional Malaysia (DVM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mazlin berkata, KVSM amat komited untuk menyediakan graduan mengikut keperluan semasa negara.

Iklan

"KVSM sentiasa peka kepada kehendak pasaran graduan hari ini yang meletakkan graduan berasaskan kemahiran menjadi pilihan utama industri.

"Jadi KVSM menghantar mereka menjalani latihan industri selama enam bulan mengikut keperluan kursus agar graduan lebih mudah mendapat peluang pekerjaan apabila menamatkan pengajian nanti,” katanya.

https://spskt4.moe.gov.my," katanya.

Menurutnya lagi, permohonan atas talian mula dibuka sejak 7 September sehingga 2 Oktober manakala untuk semakan Pusat Pentaksiran bermula 12 Oktober sehingga 6 November ini.

Mazlin (kiri depan) bergambar dengan sebahagian tenaga pengajar bergambar kenangan selepas lawatan Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional, Azman Adnan (tengah depan) selepas mengadakan lawatan ke KVSM baru-baru ini.

Mazlin memberitahu, pelaksanaan Pentaksiran pula akan dilakukan pada 26 Oktober sehingga 6 November dan semakan tawaran pula pada 5 Febuari 2021.

"Untuk pelajar yang mahu membuat rayuan, proses tersebut boleh dilakukan bermula 5 hingga 19 Februari 2021 sebelum tarikh pendaftaran pada 23 Februari," katanya.