Operasi SAR nelayan hilang ditamatkan

Iklan
Rozali Mohd Said

TANJUNG DAWAI - Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Langkawi menamatkan usaha mencari dan menyelamat (SAR) seorang nelayan dipercayai hilang sejak Rabu lalu sehingga menemui petanda baru.

Koordinator SAR, Laksamana Pertama Maritim Rozali Mohd Said berkata, SAR ditamatkan susulan tiada sebarang petunjuk baharu ditemui sepanjang pencarian mangsa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pasukan Maritim mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jabatan dan agensi atas kerjasama yang diberikan sepanjang empat hari operasi SAR dijalankan.

"Orang awam diminta melaporkan sebarang penglihatan mangsa atau objek di sekitar kawasan berkenaan di talian 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579," katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Sebelum ini pencarian telah dilaksanakan pelbagai agensi sehingga lokasi pencarian meliputi kawasan seluas 1,500 batu nautika membabitkan pesawat dan juga aset lain.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang nelayan dikenali Lai Yoon Khong, 41, dari Kampung Bagan Belat, Tanjung Dawai, dikhuatiri hilang setelah tidak pulang ke rumah ketika keluar menangkap ikan.

Iklan

Mangsa dikatakan keluar bersendirian jam 1 tengah hari untuk menangkap ikan di perairan Kuala Muda dan Yan termasuk sekitar Kota Kuala Muda dan Pulau Bidan menggunakan bot sendiri.

Mangsa yang menaiki bot fiber warna biru kebiasaannya pulang ke rumah selepas selesai menangkap ikan sekitar jam 3 pagi.

Isteri mangsa yang bimbang kemudian membuat laporan polis selepas lelaki itu tidak pulang ke rumah sehingga keesokan hari.

ARTIKEL BERKAITAN: MRSC aktif operasi SAR cari nelayan hilang