KOTA BHARU - Walaupun menetap di Kota Bharu selama 12 tahun, pelajar Orang Asli di Sekolah Menengah Kebangaaan (SMK) Salor berbangga kerana lahir dari asal keturunan suku kaum Temiar.
Ajumi J Mizan, 13, berkata, dia tidak kisah dilahirkan dalam kalangan Orang Asli, sebelum diserahkan kepada bapa angkat, Yusoff Md Setapa, 43, sejak berusia setahun.
Menurutnya, dia akan pastikan pengorbanan bapa, J Mizan Mat Dom, 40, dan ibu kandungnya, Assuria Apa, 37, terbalas melalui kecemerlangannya dalam akademik.