Isu golongan B40, M40: Vivy Yusof saman netizen

Iklan
Kenyataan dimuat naik Vivy di Instagramnya pada penghujung Mac lalu.

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Pengasas FashionValet Sdn Bhd, Datin Vivy Yusof mengemukakan saman fitnah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap seorang netizen wanita atas dakwaan memfitnah pemilik dUCk Group itu berhubung isu kerajaan membantu golongan B40 dan M40 yang terjejas akibat penularan Covid-19.

Vivy, 33, atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof selaku plaintif memfailkan saman itu terhadap Alia Najwa Hassannudin, 28, selaku defendan tunggal, menerusi Tetuan Foong Cheng Leong & Co pada 15 Jun lalu.

Iklan
Iklan

Berdasarkan penyataan tuntutan yang dilihat melalui carian dalam e-filing, defendan merupakan seorang pengguna laman sosial Facebook dan Instagram dengan menggunakan nama akaun masing-masing Alia Hassan dan hassan.aliaaa.

Vivy berkata, pada 28 Mac lalu, beliau telah menerbitkan rakaman video di Instagramnya mengenai perbualan empat usahawan berkaitan status ekonomi akibat Covid-19 dan Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Iklan

Dakwanya, pada 30 Mac lalu, defendan telah menerbitkan beberapa penyataan berkenaan plaintif di akaun Facebook dan Instagram milik defendan dan secara salah menyatakan bahawa plaintif mempersoalkan tindakan kerajaan untuk membantu golongan B40 dan M40, sedangkan mereka tidak memberi apa-apa sumbangan kepada ekonomi negara.

Usahawan muda itu mendakwa, pernyataan fitnah yang dimuat naik di akaun laman sosial dengan tujuan merosakkan atau mencemuh dirinya dengan niat jahat, yang mana ia seterusnya menjadi tular di sosial media dan dikongsi ramai netizen.

Iklan

Selaras dengan penerbitan itu, Vivy mendakwa, reputasinya selaku ahli perniagaan dan Ahli Lembaga Pengarah UiTM terjejas teruk apabila ia turut mengundang kecaman pengguna laman sosial lain.

Pereka fesyen itu juga berkata, pelancaran petisyen dibuat di laman web pada 1 April lalu dan telah ditandatangani lebih 230,000 pengguna Internet, di mana ia mendesak Vivy dilucutkan daripada ahli lembaga pengarah universiti tersebut.

Plaintif berkata, surat tuntutan telah dikeluarkan kepada Alia supaya berhenti menerbitkan pernyataan fitnah di mana-mana laman sosial.

Dakwanya, defendan telah membalas surat tuntutan itu melalui aplikasi Facebook tetapi gagal untuk memenuhi kesemua kehendak plaintif.

Oleh demikian, Vivy menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan, perintah injunksi menegah defendan membuat sebarang penerbitan fitnah dan lain-lain perintah yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Hari ini ditetapkan untuk pengurusan kes di dalam kamar Hakim Datin Rohani Ismail dan hasil semakan mahkamah, pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 7 Oktober ini.