Virus Benteng LD mutasi D614G, tidak berkait virus di Kedah

Iklan
Dr Noor Hisham Abdullah - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Meskipun 23 virus Covid-19 Kluster Benteng LD yang diuji mempunyai mutasi D614G, namun ia tidak berkait dengan virus yang dijumpai di Kedah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ujian penjujukan genom ke atas virus berkenaan didapati saling menyerupai dengan virus Kluster PUI Sivagangga, Tawar, Sungai dan Bukit Tiram.

Iklan
Iklan

"Ia saling menyerupai tetapi tidak berkait," katanya menerusi laman Facebooknya hari ini.

Menurutnya, ini bermakna masyarakat perlu lebih berwaspada dan lebih berhati-hati.

Iklan

"Virus Covid-19 dengan mutasi D614G ini didapati lebih mudah menjangkiti individu lain dan mudah merebak," katanya.

Beliau berkata, masyarakat diingatkan agar mengamalkan sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Iklan

"Amalkan penjarakan fizikal, kebersihan kendiri yang tinggi terutama mencuci tangan dengan air dan sabun atau 'hand sanitizers', serta memakai pelitup muka terutama di tempat awam, tempat sesak, tempat tertutup dan ketika sembang jarak dekat.

"Dapatkan bantuan kesihatan sekiranya anda bergejala," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, ujian tersebut dilakukan terhadap virus berkenaan yang telah dikesan hasil pengasingan dan kultur virus oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

"Ujian ini adalah ujian awal dan terdapat beberapa lagi ujian susulan sedang dijalankan bagi menguji lanjut kebarangkalian dan semakan dengan kumpulan keluarga virus Covid-19 (Phylogenetic tree)," katanya.