Covid-19: Brazil, Indonesia dan Turki antara terawal terima vaksin

Iklan
Brazil, Indonesia dan Turki yang menjalankan ujian ke atas manusia untuk vaksin percubaan koronavirus (Covid-19) akan mendapat akses kepada vaksin itu sama seperti China. - Foto 123RF

BEIJING - Negara-negara yang menjalankan ujian ke atas manusia untuk vaksin percubaan koronavirus (Covid-19) tahap ketiga yang hampir selesai dibangunkan di China - Brazil, Indonesia dan Turki - akan mendapat akses kepada vaksin itu sama seperti China, lapor agensi berita Sputnik.

"Kami memulakan fasa ketiga ujian klinikal di Brazil pada 21 Julai, Indonesia pada 1 Ogos dan Turki pada 16 September. Kami juga telah mendapat persetujuan untuk ujian klinikal di Bangladesh... Lot pertama akan diedarkan berdasarkan keutamaan di China, dan serentak di negara-negara yang melakukan ujian klinikal, iaitu Brazil, Indonesia dan Turki, ” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SinoVac, Yin Weidong kepada wartawan di Beijing.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, syarikat itu sudah membangunkan kilang pembuatan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran vaksin, yang dinamakan CoronaVac, kepada sekitar tiga juta dos setahun.

Weidong menolak permintaan Sputnik untuk menyebut anggaran kos vaksin prospektif itu, dengan menyatakan harganya akan bergantung kepada pelbagai faktor.

Iklan
Iklan

SinoVac menjangkakan vaksin itu akan memasuki pasaran pada akhir tahun ini. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Kes global kini melebihi 32 juta