PRU15 alternatif terbaik jika PM tiada majoriti

Iklan
Vigneswaran (tengah), Saravanan (dua dari kanan) dan Vidyananthan (dua dari kiri) hadir pada Konvensyen MIC Johor di Kulai, Johor hari ini.

KULAI - Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah alternatif terbaik jika Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merasakan sudah tidak lagi memiliki majoriti sokongan.

Bagaimanapun, Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran berpendapat, ketika ini tidak sesuai untuk diadakan PRU15 kerana pandemik koronavirus (Covid-19) yang masih melanda negara ketika ini.

Iklan
Iklan

"Ini kerana PRU15 adalah satu proses yang rumit dan melibatkan kos tinggi walaupun negara kita kini mempunyai rekod positif berhubung pengendalian Covid-19.

"Jadi jika ditanya adakah ini masa sesuai untuk mengadakan PRU15, saya rasa tidak, namun ia juga tidak dapat dielakkan kerana ini adalah proses demokrasi," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen MIC Johor yang turut dihadiri, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan dan Pengerusi MIC Johor, R Vidyananthan di sini hari ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mendakwa kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tumbang selepas pihaknya memperoleh majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan.

Iklan

Menurutnya, PRU15 juga boleh diadakan jika Yang di-Pertuan Agong melihat langkah itu dapat menamatkan kemelut politik negara yang tidak berkesudahan ketika ini.

"Jika Yang di-Pertuan Agong melihat kerajaan seringkali bertukar seperti keadaan cuaca, maka Seri Paduka Baginda boleh meminta PRU15 diadakan yang saya rasa ia adalah langkah terbaik untuk menyelesaikan perkara ini," katanya.

Dalam pada itu, Vigneswaran berkata, pihaknya sudah sedia menghadapi PRU15 dalam masa terdekat, malah yakin untuk memenangi lebih daripada lima kerusi Parlimen atas dasar toleransi parti komponen Barisan Nasional (BN).

"Dahulu, persepsi rakyat terhadap MIC adalah kita tidak banyak berkhidmat untuk mereka terutama masyarakat India tetapi apabila Pakatan Harapan memerintah, baru mereka sedar apa yang BN lakukan dahulu adalah lebih baik," katanya.