Shafie Apdal buang undi di SK Bubul, Semporna

Iklan
Mohd Shafie membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bubul pada jam 8.16 pagi ini. Foto: Facebook Shafie Apdal

SEMPORNA - Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bubul pada jam 8.16 pagi ini.

Beliau yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang tiba di pekarangan sekolah itu pada jam 8.06 pagi bersama isteri, Datin Seri Suriyani Shuib.

Iklan
Iklan

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Mohd Shafie berkata, beliau berpuas hati dengan proses pengundian di Pusat Daerah Mengundi (PDM) berkenaan.

"Perjalanan proses pengundian pagi ini berjalan lancar dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Saya harap peratusan yang keluar mengundi akan mencapai sasaran seperti kebiasaannya," katanya.

Iklan

Mohd Shafie ditentang empat lagi calon iaitu Norazman Utoh Nain (Perikatan Nasional) yang juga anak buahnya serta D Pg Ahmad Datu Ali Alam (Parti Perpaduan Rakyat Sabah) Mohammad Ramzan Abdul Wahab (USNO) dan Madjalis Lais (Parti Cinta Sabah).

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah pemilih berdaftar di DUN Senallang adalah 14,336 orang, DUN Bugaya (20,267) dan DUN Sulabayan (14,012). - Bernama

Iklan