TRW Kelantan FC perlu kerja lebih keras

Iklan
Mohammad Fikri (dua dari kanan) bertindak cemerlang menyelamatkan serangan bertali arus Sarawak United sekaligus menghadiahkan tiga mata buat TRW Kelantan FC.Foto: Ihsan Hazmin Husin

KOTA BHARU - Pengendali Red Warriors Kelantan FC (TRW Kelantan FC) Yusri Che Lah mengakui masih banyak 'kerja rumah' yang perlu dilakukan oleh barisan pemain meskipun berjaya menumbangkan Sarawak United 1-0 pada aksi Liga Primier di Stadium Sultan Muhammad IV di sini malam tadi.

Yusri berkata, barisan pertahanan dan serangan perlu segera diperbaiki dalam mengharungi dua baki saingan Liga Primier selepas ini bertemu Negeri Sembilan dan Johor Darul Ta'zim II (JDT II).

Iklan
Iklan

"Saya akui pertahanan Kelantan agak goyah terutama di babak-babak akhir perlawanan selepas menerima asakan bertali arus dari pasukan Sarawak United.

"Begitu juga dengan bahagian serangan yang dilihat agak ketandusan idea setiap kali memiliki peluang.

Iklan

"Anda boleh lihat, dalam empat perlawanan kita hanya mampu jaringkan dua gol sahaja," katanya kepada pemberita sejurus tamat perlawanan malam tadi.

Menurutnya, kemenangan itu disifatkan sebagai 'rezeki' buat pasukan TRW Kelantan FC walaupun barisan pemainnya tidak beraksi dengan baik pada perlawanan tersebut.

Iklan

Katanya, hasil usaha dan kerja keras TRW Kelantan FC berjaya meraih tiga mata dalam usaha memburu tempat ke saingan Piala Malaysia musim ini.

"Saya harap pemain dapat kekal fokus untuk aksi berikutnya selepas ini. Berdepan Negeri Sembilan bukan tugas mudah dan ia merupakan tugasan yang cukup mencabar buat saya," katanya.

Anak kelahiran Perlis itu turut memberi pujian kepada penjaga golnya, Mohammad Fikri Che Soh yang beraksi cemerlang dengan menyelamatkan banyak percubaan bahaya pelawat.

Katanya, beliau berharap Mohammad Fikri kekal fokus untuk aksi berikutnya selepas ini.

Pada perlawanan itu, pemain gantian, Mohd Nazrin Nawi muncul wira TRW Kelantan FC apabila tenang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-84 seterusnya menghadiahkan tiga mata buat pasukannya.

Kemenangan itu menyaksikan TRW Kelantan FC melonjak ke tangga ke lima dalam carta Liga Primier dengan mengumpul 11 mata hasil sembilan perlawanan.