Tun M tidak berhasrat tanding PRU pada usia 98 tahun

Iklan
Mahathir Mohamad

LANGKAWI - Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berhasrat untuk bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sekiranya dilaksanakan mengikut tempoh penggal semasa memandangkan usianya sudah mencecah 98 tahun ketika itu.

Namun bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu bersedia menawarkan nasihat serta berkongsi pengalaman dengan parti yang baru ditubuhkannya, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) jika perlu.

Iklan
Iklan

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui wakil media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi di sini hari ini.

Ditanya jika ada keperluan Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRU pada ketika ini, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, penularan pandemik koronavirus (Covid-19) menyukarkan perkara tersebut.

Iklan

"Dalam keadaan biasa boleh (dibubarkan) kerana PRU beri balik kuasa kepada rakyat tentukan siapa jadi kerajaan. Tetapi waktu ini negara hadapi masalah Covid-19, masalah ini menyebabkan kos untuk mengadakan PRU tinggi dan mendedahkan rakyat kepada penularan penyakit itu.

"Saya yakin kalau PRU diadakan seperti biasa, ramai rakyat akan terkena Covid-19, ramai akan maut, meninggal dunia. Soalnya sama ada kita lebih utamakan politik atau nyawa rakyat?” katanya.

Iklan

Isu PRU kembali dibangkitkan sesetengah pihak selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu lepas mendakwa menerima sokongan yang 'kukuh dan meyakinkan' daripada ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Untuk rekod, penggal Parlimen ke-14 akan tamat pada 16 September 2023. - Bernama