KOTA KINABALU - Tiga jam sebelum proses pengundian berakhir, sebanyak 54 peratus pemilih berdaftar di Sabah telah keluar mengundi setakat jam 2 petang tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Jumlah itu meningkat berbanding 48 peratus pada 1 petang.
Iklan
Iklan
SPR menyasarkan antara 70 hingga 75 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab mereka sehingga pusat pengundian ditutup sepenuhnya pada jam 5 petang ini.
Sebanyak 2,540 saluran di 741 pusat mengundi dibuka di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan rakyat Sabah memilih kerajaan baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.
Proses pengundian yang melibatkan 1,088,711 pengundi biasa, dikendalikan 17,257 petugas pilihan raya sehingga waktu mengundi tamat. - Bernama