58 peratus keluar mengundi setakat 3 petang: SPR

Iklan
Pengundi Maitah Tandasai mengendong anak kecil semasa mengundi pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 di Sekolah Kebangsaan Mantob hari ini. - Foto Bernama

KOTA KINABALU - Sebanyak 58 peratus pemilih berdaftar di Sabah telah keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah setakat jam 3 petang tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jumlah itu meningkat empat peratus berbanding pada jam 2 petang.

Iklan
Iklan

SPR menyasarkan antara 70 hingga 75 peratus pemilih keluar mengundi sehingga pusat pengundian ditutup sepenuhnya pada jam 5 petang ini.

Sebanyak 2,540 saluran di 741 pusat mengundi dibuka di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan rakyat Sabah memilih kerajaan baharu pada PRN ke-16 ini.

Iklan
Iklan

Proses pengundian yang melibatkan 1,088,711 pengundi biasa, dikendalikan 17,257 petugas pilihan raya sehingga waktu mengundi tamat. - Bernama