71 pengunjung premis hiburan di Klang dikompaun

Iklan
Polis menyerbu sebuah pusat hiburan di Klang dalam operasi, malam tadi.

KLANG - Seramai 71 pengunjung dikenakan kompaun dalam serbuan di sebuah premis hiburan di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, tindakan itu diambil hasil operasi sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara kira-kira jam 11.30 malam.

Iklan
Iklan

"Seramai 71 pengunjung didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 11(2) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

"Selain itu, turut dikenakan tindakan adalah seorang wanita tempatan iaitu pemilik premis," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Menurutnya, siasatan mendapati pusat hiburan terbabit beroperasi dengan menggunakan lesen kafe.

"Operasi serta pemantauan semua aktiviti perniagaan serta tindakan tegas akan diambil terhadap pemilik perniagaan terutama restoran dan bar jika didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP), katanya.

Iklan