Pesakit pertama sembuh HIV derita leukemia

Iklan
Brown yang mendapat jolokan 'duta harapan' mahu terus melawan penyakit leukemia yang dihidapinya. - Foto Agensi

WASHINGTON - Warga Amerika Syarikat (AS), Timothy Ray Brown yang dikenali sebagai 'pesakit Berlin' dan menjadi individu pertama sembuh daripada HIV pada 2008 kini menderita barah darah yang boleh membawa maut.

Brown, 54, kini dirawat di kediamannya di Palm Springs, California.

Iklan
Iklan

"Saya akan terus melawan penyakit ini," katanya yang dijangkiti HIV ketika bekerja sebagai penterjemah di Berlin pada 1995 sebelum didiagnos menghidap leukemia pada 2006.

Difahamkan, doktor di Free University of Berlin menggunakan transplan sel tunjang daripada penderma yang mempunyai mutasi genetik jarang berlaku untuk memberi ketahanan kepada HIV pada 2008, namun prosedur berisiko tinggi itu gagal menyembuhkan penyakit barah darah dihidapinya.

Iklan
Iklan

Tahun lalu, individu kedua sembuh daripada HIV menggunakan prosedur sama digelar 'pesakit London' mendedahkan identitinya kepada umum sebagai Adam Castillejo. - AFP