KOTA KINABALU - Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew sekali lagi diberi mandat menjadi wakil rakyat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api apabila memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Christina mewakili Parti Keadilan Rakyat mendapat 7,796 undi, menewaskan lapan pencabar lain dengan majoriti 5,347 berbanding pencabar terdekat, Datuk Dr Yee Moh Chai daripada Parti Bersatu Sabah yang meraih 2,449 undi.