KOTA KINABALU - Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Papat selepas memenangi kerusi itu dalam persaingan tujuh penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 dengan majoriti 3,743 undi.
Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah yang bertanding atas tiket Parti Warisan Sabah itu memperoleh 5,900 undi menewaskan pencabarnya, Ken Yong daripada Perikatan Nasional yang hanya mendapat 2,157 undi.