Tun M perbetul kesilapan kekeliruan batal ECRL

Iklan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap melancarkan Pelan AntiRasuah Nasional (NACP) 2019-2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. NACP 2019-2023 dilaksanakan berdasarkan 22 strategi yang akan diberi keutamaan bagi enam sektor utama. Ia mengandungi 115 inisiatif antirasuah melibatkan sektor iaitu politik; perolehan awam; penguatkuasaan undang-undang; pentadbiran sektor awam; perundangan dan kehakiman; serta tadbir urus korporat. - Foto Bernama

PUTRAJAYA- [DIKEMASKINI]Selepas beberapa kenyataan mengelirukan oleh menteri-menteri PH berhubung pembatalan kontrak Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dengan syarikat China Communications Construction Company (CCCC), Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berjanji untuk menyelesaikan kemelut tersebut.

Menjawab soalan wartawan berhubung pihak yang menjadi punca kekeliruan itu, Dr Mahathir berkata, adakalanya ia berlaku apabila beberapa menteri membuat pengumuman itu sebelum tiba masanya.

Iklan
Iklan

"Saya mengakui kesilapan telah dibuat tetapi kita akan membetulkan kesilapan itu.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng akan memberi kenyataan bagi menjelaskan mengenai apa yang berlaku," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pelan AntiRasuah Nasional 2019-2023 di PICC hari ini.

Iklan

Pada masa yang sama Dr Mahathir berkata berkata kontrak Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dengan syarikat China Communications Construction Company (CCCC) terpaksa ditamatkan kerana kerajaan menanggung beban hutang yang tinggi.

Dr Mahathir berkata, Kerajaan bukan tidak mahu menghormati kontrak sedia ada, tetapi sedar tidak mampu membayar kontrak yang menelan belanja lebih daripada RM100 bilion.

Iklan

"Ini akan memudaratkan negara dan kita akan jelaskan kepada pihak-pihak berkenaan bahawa kita bukan mahu mengecewakan atau membuang kontrak tetapi kerana kita benar-benar terikat dari segi kewangan,"katanya.

ARTIKEL BERKAITAN