Wanita ejen PATI dicekup

Iklan
Seorang wanita tempatan bertindak sebagai agen dan dua tekong ditahan bersama lima PATI warga Thailand di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Simpangan, Tumpat.

RANTAU PANJANG - Seorang wanita tempatan berusia 24 tahun yang bertindak sebagai ejen membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Thailand diberkas anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan petang semalam.

Ketika operasi pada jam 6.30 petang itu, kenderaan dipandu wanita terbabit yang datang dari arah Kampung Simpangan menghala ke jalan Jubakar dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Iklan
Iklan

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintanden Azhari Nusi berkata, anggota PGA cuba menahan kenderaan itu namun gagal dan meminta bantuan dari Pos Simpangan.

Menurutnya kecekapan anggota terbabit berjaya menahan kenderaan itu di hadapan Sekolah Kebangsaan Simpangan.

Iklan

"Pemeriksaan ke atas kenderaan itu mendapati seorang wanita dan dua lelaki warga tempatan yang dipercayai bertindak sebagai tekong darat

berada di dalam kereta tersebut.

Iklan

"Pemeriksaan lanjut menemui lima lelaki warga Thailand berusia antara 28 hingga 33 tahun di tempat duduk belakang kenderaan tersebut," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Markas Taktikal Lubok Stol di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua suspek termasuk kenderaan dibawa ke Markas Taktikal PGA Kuala Jambu untuk tindakan lanjut.

Azhari memberitahu, siasatan awal mendapati kesemua PATI itu dibawa masuk melalui pangkalan haram Kak Yah untuk bekerja sebagai nelayan di Endau, Johor.

"Sebelum ini mereka juga pernah bekerja sebagai nelayan di Kuantan, Pahang," jelasnya.

Menurutnya, kes disiasat bawah Seksyen 26 (j) Antipsom 2012 dan Seksyen 6 (1) (C) Imigresen 1959/63.