Kemenangan GRS buktikan rakyat Sabah matang

Iklan
MOHD TARMIZI YAHAYA

TEMERLOH - Kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah membuktikan kematangan rakyat negeri itu.

Ketua Penerangan Pas Pahang, Mohd Tarmizi Yahaya berkata, kejayaan GRS yang terdiri parti Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menunjukkan rakyat Sabah sudah muak dengan pentadbiran Parti Warisan dan sekutunya.

Iklan
Iklan

Katanya, kemenangan itu juga menunjukkan pengundi tidak mahu politik sentimen kaum serta retorik yang akhirnya membawa kepada kehancuran kedamaian di Sabah.

"Bagaimanapun diingatkan kemenangan tersebut mestilah diperkukuh dan dijaga. Jika lalai sudah pasti mimpi buruk 22 bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah kerajaan Persekutuan dan Sebahagian negeri-negeri yang lalu akan berulang," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Iklan

Pas Pahang juga katanya turut mengingatkan kesemua pucuk pimpinan GRS memahami bahawa kemenangan yang dikecapi merupakan amanah yang pelu dipikul dengan baik.

Tegasnya, perbincangan yang paling berhemah perlu dilaksanakan di antara parti dalam GRS khususnya dalam menentukan posisi terpenting sebagai teraju utama kerajaan negeri iaitu jawatan Ketua Menteri dan selainnya.

Iklan

Ujarnya, kesilapan lalu tidak perlu diulangi sehingga rakyat mulai resah dan hilang kepercayaan kepada parti pemerintah.

"Pas Pahang berharap keutuhan UMNO dan Pas dalam Muafakat Nasional serta parti dalam Perikatan Nasional akan terus dipelihara dan dijaga," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching.

ARTIKEL BERKAITAN:

BN, GRS berjaya tubuh kerajaan baharu

Perikatan Nasional tumbangkan Warisan Plus