Abang Johari harap keputusan PRN perkasa kestabilan politik

Iklan
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika sesi dialog bersama usahawan muda, hari ini. - Foto Bernama

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berharap keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berakhir semalam akan menyumbang kepada kestabilan politik negeri utara Borneo itu.

"Saya ucapkan tahniah kepada orang Sabah,” katanya hari ini.

Iklan
Iklan

Abang Johari yang ditemui selepas menghadiri dialog bersama usahawan muda anjuran portal berita Sarawak, Dayak Daily di sini juga berharap negeri tetangga itu akan terus maju di bawah pentadbiran baharu.

Sementara itu, Presiden Parti Rakyat Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing dalam kenyataannya berkata, keputusan PRN Sabah memberi petunjuk kepada rakyat Sarawak untuk bersama-sama dalam mengukuhkan lagi Malaysia sebagai sebuah negara.

Iklan

Beliau juga berharap wakil rakyat di bawah Gabungan Rakyat Sabah akan menunaikan tanggungjawab mereka seperti yang dijanjikan.

Pada pilihan raya itu, GRS menang 38 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah yang dipertandingkan, sementara Warisan Plus meraih 32 kerusi dan baki tiga lagi dimenangi oleh calon Bebas. - Bernama

Iklan