Pengunjung tidak melepaskan peluang untuk melihat gajah dengan lebih dekat di Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir (KECV). KECV telah beroperasi sejak 2014 dan dibangunkan dalam kawasan Hutan Rizab Kekal Hulu Telemung seluas 256 hektar yang mampu menempatkan 18 ekor gajah. Ia merupakan salah satu produk pelancongan di negeri ini yang turut memberi peluang kepada pelancong untuk menyentuh dan memberi makanan kepada gajah-gajah tersebut. Perkampungan tersebut diwujudkan untuk melindungi gajah-gajah liar yang terdapat di sekitar kawasan itu yang semakin diancam kepupusan akibat dilanggar kenderaan, termakan racun dan kekurangan nutrisi. - Foto Bernama
Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir
Iklan