MPS lancar buku panduan Batu Caves

Iklan
Shamsul (kanan) menyempurnakan pelancaran buku Batu Caves yang bakal ditempatkan di PPAS sebagai sumber rujukan.

SELAYANG - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melancarkan buku bertajuk Batu Caves setebal 116 muka surat yang akan diserahkan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) sebagai sumber rujukan.

Yang Dipertua MPS, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor berkata, buku tersebut adalah hasil kajian penyelidikan serta ditulis ahli-ahli Persatuan Pemuliharaan Gua dan Kars Malaysia (MCKC) diketuai Dr Ruth Kiew, Dr Ros Fatihah dan Dr Atiqah.

Iklan
Iklan

"Buku ini mengandungi penerangan dan maklumat saintifik tentang kepelbagaian biodiversiti, spesis flora serta fauna yang hidup di Batu Caves dan kajian-kajian lain.

"Saya berharap buku ini dapat dijadikan bahan rujukan yang berguna kepada semua lapisan masyarakat," katanya semasa merasmikan Program Simposium Ekspedisi Saintifik Batu Caves anjuran MCKC di PPAS Daerah Gombak, semalam.

Iklan

Menurutnya, program tersebut dapat memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai fungsi biodiversiti batu kapur di Batu Caves.

"Ia juga dapat menyuntik kesedaran tentang pentingnya memelihara dan memulihara nilai sejarah dan budaya yang tersimpan di Batu Caves untuk generasi akan datang.

Iklan

"Simposium ini turut memberi penumpuan kepada kepentingan keselamatan dan keperluan untuk zon mampan," katanya.

Shamsul berkata, MPS sedang dalam proses merangka menyediakan Pelan Pengurusan Gua di bawah Program Pemurnian Pelancongan Selangor (PS3).