Paus terakhir berjaya diselamatkan

Iklan
Paus terakhir itu menjadi antara 110 ekor mamalia terkandas di perairan cetek Macquarie Harbour yang berjaya diselamatkan. - Foto Agensi

SYDNEY - Pasukan penyelamat Australia hari ini berjaya menyelamatkan ikan paus terakhir, sekali gus menjadikan jumlah mamalia tersebut yang berjaya diselamatkan mencecah 110 ekor.

Jurucakap Jabatan Alam Sekitar Tasmania memaklumkan haiwan tersebut ditemui masih hidup selepas enam hari kumpulan paus pertama dijumpai terkandas di Macquarie Harbour pada minggu lalu.

Iklan
Iklan

Semalam, pasukan penyelamat memulakan usaha untuk melupuskan bangkai lebih 300 paus terbabit selepas kira-kira 470 paus terdampar di perairan cetek di selatan Australia.

Beberapa bot mula menunda kesemua bangkai paus itu yang akan dilupuskan dalam tempoh beberapa hari lagi. - AFP

Iklan
Iklan