KKM tambah staf atasi kesesakan saringan di KLIA, KLIA2

Iklan
KKM menambah bilangan kakitangan di KLIA dan KLIA2 bagi menguruskan proses saringan pengembara yang pulang dari Sabah. - Gambar fail Foto Bernama

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menambah bilangan kakitangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 bagi menguruskan proses saringan pengembara yang pulang dari Sabah.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan perkara tersebut berkata, langkah itu bertujuan memastikan proses saringan Covid-19 berjalan dengan lancar.

Iklan
Iklan

"KKM sedang memantau pelaksanaan saringan di kedua-dua lapangan terbang berkenaan. Kita turut dimaklumkan bahawa di KLIA2, penerbangan terus dari Sabah lebih daripada jangkaan pada hari ini.

"KKM telah menambah kakitangan untuk membantu team di KLIA2 dan kakitangan tambahan seramai 80 orang telah dimobilisasikan pagi tadi apabila berlaku kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Terdahulu, sejumlah besar pengembara dari Sabah yang tiba KLIA dan KLIA2 hari ini terpaksa menunggu lebih tiga jam bagi menjalani saringan Covid-19.

Kebanyakan mereka pulang untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam.

Iklan

Kesesakan berlaku selepas KKM mewajibkan semua pengembara dari Sabah menjalani saringan Covid-19 bermula hari ini.