Trump pilih Barrett ganti Ginsburg

Iklan
Amy Coney Barrett

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam mencalonkan Amy Coney Barrett yang merupakan pelantikan ketiga dibuat pentadbiran beliau untuk mengisi kekosongan di Mahkamah Agung.

"Saya berbesar hati untuk mengumumkan pemilihan hakim paling bijaksana dan berkhidmat dengan sangat cemerlang. Anda sangat layak untuk jawatan itu,” katanya ketika membuat pengumuman itu di Rumah Putih yang turut dihadiri Barrett, 48.

Iklan
Iklan

Difahamkan, Barrett akan menjadi wanita kelima berkhidmat di badan kehakiman tertinggi AS jika pencalonannya disahkan untuk menggantikan ikon liberal, Ruth Bader Ginsburg yang meninggal dunia pada usia 87 tahun pada 18 September lalu.

Beliau juga bakal menjadi calon hakim Mahkamah Agung paling muda sejak Clarence Thomas yang berusia 43 tahun pada 1991.

Iklan
Iklan

Pada 2017, Trump pernah melantik Barrett sebagai hakim mahkamah rayuan persekutuan di Seventh Circuit yang berpusat di Chicago. - Agensi