‘Jaga hati’ punca masalah tuntutan harta pusaka

Iklan
Mengurus harta pusakan tidak semudah yang disangka, justeru adalah lebih baik jika kita meluangkan sesikit masa untuk menguruskannya ketika masih hidup.

MENGURUS harta sememangnya satu isu sensitif yang sering tidak dibincangkan kerana masing-masing bimbang dituduh tamak atau ingin merebut harta.

Keinginan untuk ‘menjaga hati’ ini menyebabkan berlakunya banyak masalah dalam pengurusan harta pusaka, terutamanya dalam kalangan orang Islam.

Iklan
Iklan

Sehingga kini, terdapat harta bernilai RM70 bilion yang dibekukan kerana ia tidak dapat dituntut atau tidak dituntut oleh waris.

Antara sebab utama ialah kurangnya pengetahuan mengenai kepentingan mengurus harta ketika pemilik masih hidup dan tanggapan bahawa proses tuntutan adalah mudah sedangkan ia sebenarnya agak rumit dan memerlukan masa.

Iklan

Bagi orang Islam, selesai sahaja proses pengebumian dan melangsaikan hutang si mati, waris perlu melalui tiga proses utama, iaitu perolehan kuasa, pentadbiran dan pembahagian.

Sebelum harta pusaka boleh dibahagikan, wakil waris perlu mengemukakan permohonan kepada Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil atau Amanah Raya Berhad, bergantung kepada nilai harta yang ditinggalkan.

Iklan

Kadangkala masalah mula timbul di peringkat awal lagi apabila waris bertelagah dalam menentukan pentadbir dan ini melambatkan proses mendapatkan Surat Kuasa sedangkan surat ini penting untuk proses tuntutan dan pembahagian harta.

Perselisihan antara waris adalah antara masalah utama dalam proses tuntutan harta pusaka hingga menyebabkan ada harta yang tidak dituntut bertahun-tahun lamanya dan menyebabkan timbulnya masalah waris berlapis serta harta hilang nilainya kerana tidak boleh digunakan.

Justeru, untuk mengelak masalah selepas pemilik meninggal dunia, ketepikanlah sebentar keinginan untuk menjaga hati. Sebaliknya panggillah semua waris dan berbincang secara waras serta rasional supaya waris dapat mengurus pusaka dengan mudah, cepat dan tepat.

Pemilik boleh menggunakan kaedah pembahagian harta seperti Wakaf, Hibah dan Wasiat yang boleh dilakukan ketika mereka masih hidup. Wakaf ialah apabila pemilik mewakafkan harta mereka untuk tujuan sedekah, manakala Hibah ialah pemberian harta sebagai hadiah kepada sesiapa yang diinginkan. Pemilik juga dibenar mewasiatkan 1/3 daripada harta mereka.

Pada masa ini, banyak syarikat yang menawarkan kemudahan pengurusan Hibah dan Wasiat, antaranya termasuklah Amanah Saham Nasional Berhad yang menawarkan kemudahan Hibah Amanah.

Hibah Amanah membolehkan pelabur menamakan sehingga 10 penerima untuk pelaburan mereka dalam unit amanah ASNB. Proses tuntutan amat mudah dan pantas kerana waris tidak perlu melalui proses tuntutan di mahkhamah. Kemudahan ini berbeza berbanding penama kerana penama bukanlah penerima mutlak, sebaliknya wakil atau wasi dan masih perlu melalui proses pembahagian di mahkhamah.

Sepertimana hadith riwayat Al-Bukhari ‘Sesungguhnya jika engkau meninggalkan waris engkau dalam keadaan kaya itu lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta kepada manusia’, sesungguhnya pengurusan harta pusaka yang baik akan memastikan harta yang ditinggalkan dapat memberi manfaat kepada waris.

Untuk maklumat lanjut sila klik pautan www.asnb.com.my