Istana Negeri Sabah masih lengang

Iklan
Suasana di Istana Negeri Sabah lengang setakat jam 8 pagi walaupun difahamkan upacara angkat sumpah Ketua Menteri Sabah yang baharu akan berlangsung kira-kira jam 10 pagi ini.

KOTA KINABALU - Sehingga jam 8 pagi hari ini, belum terdapat sebarang pergerakan masuk kenderaan orang kenamaan bagi menghadiri upacara angkat sumpah Ketua Menteri Sabah baharu.

Difahamkan majlis tersebut akan berlangsung kira-kira jam 10 pagi ini, namun belum terdapat sebarang makluman siapa yang akan dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah.

Iklan
Iklan

Semalam, empat pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) iaitu Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor; Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah, Datuk Jahid Jahim dan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Datuk Dr Jeffrey Kitingan hadir ke Istana Negeri untuk menghadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Bagaimanapun, menurut mereka keputusan diserahkan kepada Juhar untuk menentukan siapa Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Iklan
Iklan
Wakil-wakil media bersedia di hadapan pintu masuk Istana Negeri Sabah pagi ini kerana difahamkan upacara angkat sumpah Ketua Menteri Sabah yang baharu akan berlangsung kira-kira jam 10 pagi ini.