PKNS tawar diskaun beli rumah sehingga 20 peratus

Iklan
Acara menanam pokok turut diadakan sempena Kempen Promosi 48 Jam Mesti Bell @ Antara Gapi di Tasik Antara Gapi, Serendah kelmarin.

PEMBELI projek perumahan Antara Gapi, Serendah menikmati diskaun sehingga 20 peratus menerusi kempen promosi 48 jam Mesti Beli@Antara Gapi yang bermula pada 26 September sehingga semalam.

Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Siti Zubaidah Abd. Jabar berkata, promosi istimewa selama dua hari itu adalah siri 48 Jam Mesti Beli keenam tahun ini yang dianjurkan PKNS bagi menarik lebih ramai pembeli untuk datang dan menikmati tawaran istimewa seperti diskaun sehingga 20 peratus untuk projek terpilih.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siri 48 Jam Mesti Beli sebelum ini berjaya merekodkan jualan sebanyak RM21 juta.

"Kami berharap kejayaan yang sama dapat dicapai pada siri kali ini terutama projek yang terletak di Antara Gapi,” katanya ketika ditemui selepas Kempen Promosi 48 Jam Mesti Beli@Antara Gapi di Tasik Antara Gapi, Serendah, Hulu Selangor kelmarin.

Iklan

Beliau berkata, terdapat tiga projek iaitu Azhara, Cassia, Lavender dan dua pusat komersial terlibat untuk promosi 48 jam Mesti Beli@Antara Gapi.

"Kesemua projek perumahan ini membabitkan rumah berkembar dua tingkat berkeluasan dari 2,375 kps dan sedia untuk diduduki.

Iklan

"Pengunjung yang membuat tempahan dan pembelian hartanah sepanjang tempoh promosi akan menikmati tawaran diskaun sehingga 20 peratus dan percuma yuran guaman SPA serta duti setem MOT,” katanya.

Menurutnya, Antara Gapi terletak di Serendah, Selangor dan dikelilingi pemandangan hijau semula jadi sesuai bagi mereka yang menginginkan ketenangan dan kedamaian.

"Kawasan mempunyai akses yang mudah ke Stesen Komuter Serendah dan dihubungkan Jalan Persekutuan Rawang bypass Kuala Lumpur,” katanya.

Siti Zubaidah (kanan) bersama pegawai-pegawai kanan PKNS menunjukkan model unit rumah yang dijual ketika Kempen Promosi 48 Jam Mesti Bell@Antara Gapi di Tasik Antara Gapi, Serendah kelmarin.

Projek perumahan Antara Gapi di Serendah boleh dianggap antara projek penempatan terbaik yang ditawarkan PKNS dengan pelbagai prasarana dan kemudahan lengkap.

Sejak dibuka pada 1995 dengan keluasan keseluruhan 385.50 hektar melibatkan enam seksyen, sebanyak 1,947 unit rumah kediaman dan 111 unit kedai dibangunkan di Antara Gapi.

Projek pembangunan itu siap tahun ini dan mendapat sambutan menggalakkan dengan jualan hampir 70 peratus.

Akses yang menghubungkan bandar-bandar utama di kawasan sekitar termasuk ke Kuala Lumpur merupakan ciri utama yang menggamit pembeli untuk memiliki kediaman Antara Gapi.

Antara Gapi antara bandar baharu yang dibina PKNS dengan menghubungkan Bernam Jaya dan Kota Puteri.