Beli gas memasak secara dalam talian

Iklan
Pembelian gas secara dalam talian ketika ini tidak banyak ditawarkan oleh syarikat penghantaran gas yang lain dan ia memberikan kelebihan kepada BeliGas.my. - FOTO MOHD IZARI ROSLI

DITUBUHKAN pada Jun lalu, syarikat penjualan dan penghantaran gas memasak dalam talian, BeliGas.my semakin mengorak langkah ke hadapan dalam meneroka pasaran penjualan dan penghantaran gas memasak di negara ini.

Biarpun baru mempunyai lapan cawangan iaitu di sekitar Selangor, BeliGas.my yakin untuk melebarkan sayapnya dengan menyasarkan 100 cawangan baharu pada tahun hadapan.

Iklan
Iklan

Mengakui perjalanan yang ditempuhi bukan mudah, Pengarah Urusan BeliGas.my, Suthan M berkata, pihaknya yakin dapat menembusi pasaran penjualan gas memasak di Malaysia.

"Buat masa ini, BeliGas.my mempunyai lima rangkaian pengedaran di Selangor iaitu Ampang, Kajang, Semenyih, Cheras dan Shah Alam.

Iklan

"Kita menyasarkan untuk mempunyai 100 cawangan selepas ini yang mana melibatkan tiga lagi negeri iaitu beberapa kawasan lagi di Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Seri Kembangan baru-baru ini.

Fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan koronavirus (Covid-19) di negara ini menjadikan Suthan kreatif merangka kaedah mudah untuk memudahkan orang ramai membeli gas memasak.

Iklan

"BeliGas.my ditubuhkan ketika fasa awal Covid-19. Ketika itu pergerakan agak terbatas jadi sedikit menyulitkan orang ramai untuk membeli gas jadi kaedah pembelian dalam talian menjadi salah satu medium yang digunakan BeliGas.my.

"Kaedah ini amat memudahkan pengguna kerana tidak perlu berkejar ke cawangan kami. Hanya layari laman sesawang BeliGas.my dan tempahan hanya perlu dilakukan dalam talian,” katanya.

Jelasnya, kaedah itu mungkin tidak banyak ditawarkan oleh syarikat penghantaran gas yang lain dan ia menjadi kelebihan BeliGas.my.

Suthan M - FOTO MOHD IZARI ROSLI

"Saya dapati sebelum ini pengguna perlu pergi ke kedai-kedai runcit misalnya, untuk membeli gas dan ini pastinya sesuatu yang sukar, tambahan pula sekiranya waktu malam.

"Dengan adanya perkhidmatan yang kami sediakan ini, pengguna hanya perlu tempah dalam talian dan kami akan hantar tong gas di depan pintu rumah anda,” katanya.

Suthan berkata, BeliGas.my menawarkan tong gas pada harga berpatutan iaitu serendah RM25.60 seunit.

"Kami menawarkan harga yang berpatutan dan tidak mengenakan caj yang berganda sebab apa yang kami utamakan adalah kepuasan pelanggan. Kami turut menerima apa sahaja jenama yang tong gas pengguna dan kami menjual tong gas daripada Solar Gas,” katanya.

Pembelian gas secara dalam talian ketika ini tidak banyak ditawarkan oleh syarikat penghantaran gas yang lain dan ia memberikan kelebihan kepada BeliGas.my. - FOTO MOHD IZARI ROSLI

Beliau berkata, walaupun baru beroperasi, kepercayaan yang diberikan pengguna kepada BeliGas.my semakin meningkat saban hari.

"Saya boleh katakan sewaktu mula-mula menjual gas memasak ini, saya hanya mulakan dengan 20 tong sahaja namun saya yakintempahan gas memasak akan meningkat hingga 5,000 unit untuk setiap cawangan dalam tempoh sebulan menjelang akhir tahun ini.

"Secara anggarannya ketika ini hanya kira-kria 1,000 unit tong dalam tempoh sebulan dan dengan sasaran pembukaan cawangan-cawangan baharu, kami yakin untuk mencapainya,” katanya.

Suthan berkata, BeliGas.my ingin mengembangkan perniagaan dan bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam bidang penjualan gas memasak.

"Kami berhasrat untuk menjadi pembekal gas memasak suatu hari nanti dan ini pastinya memerlukan kerjasama yang baik daripada pelbagai pihak. Kami tidak menolak untuk kerjasama dengan jenama pembekal gas memasak yang lain ke arah merealisasikan hasrat tersebut,” katanya.