Hajiji dinamakan sebagai Ketua Menteri Sabah

Iklan
Hajiji (depan, tengah) dinamakan sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu pada sidang media selepas perjumpaan tertutup GRS hari ini.

KOTA KINABALU - [DIKEMASKINI] Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor dinamakan sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu selepas mendapat sokongan sebulat suara semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Perkara itu diumumkan sendiri Hajiji selepas menghadiri perjumpaan tertutup bersama semua ADUN GRS hari ini.

Iklan
Iklan

Hajiji berkata, pihaknya bersama GRS akan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat bagi memastikan Sabah terus maju ke hadapan.

"Saya difahamkan esok kita akan mengangkat sumpah dan inilah mandat rakyat yang telah diberikan kepada kami dalam GRS. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada semua rakyat Sabah yang telah memilih wakil rakyat terutama dalam GRS.

Iklan

"Dengan satu amanah dan tanggungjawab yang diberikan, kita akan pikul bersama untuk rakyat Sabah," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Jahid Jahim.

Menurutnya, senarai Kabinet negeri akan dimaklumkan selepas majlis angkat sumpah Ketua Menteri esok.

Iklan

"Kerajaan baharu yang dipersetujui bersama ini juga akan terus memberi pembelaan kepada rakyat dan sedaya upaya melakukan yang terbaik berdasarkan Aku Janji dilancarkan pada 16 September lalu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hajiji dipanggil menghadap TYT Sabah

Pelantikan Hajiji dibuat secara konsensus, kata Annuar Musa

Bung sokong Hajiji jadi KM Sabah