KOTA KINABALU - Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob antara pemimpin utama parti mewakili PN dan Barisan Nasional (BN) hadir dalam satu perjumpaan tertutup di salah sebuah hotel terkemuka di sini hari ini.
Perjumpaan bersama hampir kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu dipercayai membincangkan berhubung pelantikan Ketua Menteri Sabah yang baharu.