TOKYO - JEPUN. Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berikrar untuk 'memecahkan kepercayaan bersama' dengan Korea Utara dan memulihkan hubungan diplomatik antara dua negara yang pernah bermusuh sebelum ini.
Pengumuman tentang rancangan untuk bertemu pemimpin Pyongyang, Kim Jong-un itu dibuat ketika ucapan dasar utama ketika pembukaan sesi Parlimen, semalam.
"Pertemuan itu adalah untuk menyelesaikan isu misil dan nuklear Korea Utara dan isu penculikan rakyat Jepun pada pada 1970-an dan 1980-an," katanya yang tidak memberikan tempoh masa untuk rundingan berpotensi tersebut. - Straits Times