Tapir betina ditemui mati dilanggar kenderaan

Iklan
Seekor tapir betina ditemui mati di Jalan Kahang Barat, Kluang hari ini.- Foto Perhilitan

KLUANG - Seekor tapir ditemui mati di Jalan Kahang Barat, Kluang hari ini dipercayai dilanggar kenderaan.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, Salman Saaban berkata, tapir betina dianggarkan seberat 350 kilogram itu ditemui orang awam kira-kira jam 8 pagi yang kemudiannya memaklumkan kepada Perhilitan.

Iklan
Iklan

Katanya, hasil siasatan pada bangkai tapir yang dianggarkan berusia enam hingga lapan tahun itu mendapati terdapat kecederaan pada kepada dipercayai akibat kemalangan berkenaan.

"Tapir ini dipercayai tersesat dan terkeluar dari habitatnya di Hutan Simpan Kluang. Jalan yang lurus dan gelap pada waktu malam atau awal pagi di dipercayai menjadi faktor kemalangan ini," katanya menerusi kenyataan hari ini

Iklan

Menurut Salman, bangkai tapir tersebut dilupuskan dengan cara ditanam di lokasi berhampiran.

"Ini merupakan kes ketujuh tapir mati dilanggar pada tahun ini di Johor.

Iklan

"Pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi had laju yang ditetapkan serta berhati-hati ketika melalui kawasan berhampiran hutan yang menjadi habitat hidupan liar," katanya.