BIARPUN berdepan masalah berikutan kecederaan dua tonggak pertahanan Joe Gomez dan Joel Matip juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool tidak bercadang untuk membawa masuk pemain-pemain baharu menjelang tarikh akhir jendela perpindahan pemain kelak.
Pengendali Liverpool Jurgen Klopp menegaskan, pihaknya bertegas pihaknya tidak mahu terlibat dengan jadual perpindahan (pemain), bagi menyelesaikan permasalahan berkenaan.
"Kita tidak boleh selesaikan masalah ini (pertahanan) dalam jendela perpindahan. Ia sesuatu yang tidak mungkin berlaku.
"Kita juga tidak akan cuba berbuat demikian jika tidak ada sesuatu yang lebih serius berlaku dan keadaan kekal seperti sekarang," katanya.
Masalah kecederaan Gomez dan Matip turut menyaksikan duo pertahanan kental itu terlepas aksi berdepan Chelsea minggu lalu.
Untuk rekod, Gomez mengalami kecederaan lutut namun Matip mengalami kecederaan hamstring dan mungkin bakal terlepas aksi berdepan Everton 17 Oktober depan.
Keadaan itu menyaksikan Klopp membuat percaturan percaturan Klopp menurunkan pemain tengah, Fabinho untuk bergandingan dengan Virgil Van Dijk dan bagi aksi Piala Liga Khamis lalu menyaksikan debut pemain muda berusia 19 taun, Rhys Williams bersama skuad utama.
Sementara itu, Klopp sekali lagi menegaskan bahawa perpindahan pemain baharu ke Anfield sudah pun lengkap dengan kehadiran Thiago Alcantara dan Diogo Jota awal bulan ini.
"Kita tidak mengharapkan sesuatu yang luar biasa (kemasukan pemain) kerana memikirkan The Reds kini sudah pun memiliki tiga pemain terbaik termasuk pemain muda dan Fabinho (pemain tengah) jika diperlukan.
"Namun, secara tiba-tiba ketiga-tiga pemain ini mengalami kecederaan dan tidak dapat beraksi dalam beberapa hari.
"Jika tidak ada apa-apa yang serius, kita tidak akan cuba (membawa masuk pemain-pemain baharu). Tidak ada apa-apa yang akan berlaku. Lagi pun, kita berada pada kedudukan yang baik ketika ini," katanya.