KOTA KINABALU - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor hari ini dipanggil menghadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.
Hajiji yang berpakaian blazer, bersongkok dan berkemeja putih tiba di Istana Negeri pada 3.55 petang menaiki kenderaan berwarna hitam.