Reman dua anggota polis didakwa cabul pelajar dilanjutkan

Iklan
Laporan Sinar Harian Jumaat lalu.

IPOH - Tempoh reman dua anggota polis yang didakwa terlibat dalam kes mencabul dua pelajar perempuan dilanjutkan dua hari lagi sehingga Rabu ini.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, ia bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan terhadap kedua-duanya yang tempoh reman mereka tamat hari ini.

Iklan
Iklan

"Dua anggota terbabit disambung reman dua hari lagi sehingga Rabu," katanya ringkas ketika dihubungi di sini.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, dua anggota polis berpangkat Koperal dan Lans Koperal ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan kes mencabul kehormatan dua pelajar perempuan di Simpang, Taiping, 22 September lalu.

Iklan

Anggota berusia 35 dan 27 tahun itu ditahan pada Rabu lalu selepas dua remaja terbabit masing-masing berusia 18 dan 19 tahun membuat laporan polis.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan cabul dan 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan kelucahan melampau.

Iklan