Enam lagi didakwa terlibat pembunuhan Khashoggi

Iklan
Mayat Khashoggi masih belum ditemui hingga ke hari ini. - Foto Agensi

ANKARA - Pendakwa raya Turki memfailkan pendakwaan kedua terhadap enam suspek warga Arab Saudi berhubung insiden pembunuhan kejam wartawan Jamal Khashoggi di Konsulat Riyadh di Istanbul pada 2018.

Agensi berita Anadolu hari ini melaporkan, dua daripada tertuduh terbabit berdepan tuduhan yang membawa hukuman penjara seumur hidup, manakala empat lagi bakal berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun jika disabit bersalah.

Iklan
Iklan

Menurut dokumen pendakwaan tersebut, kedua-dua suspek tersebut adalah kakitangan konsulat terbabit dan merupakan sebahagian daripada ahli kumpulan yang bertindak meninggalkan Turki selepas melakukan pembunuhan terbabit.

"Empat tertuduh lain didakwa cuba menjejaskan bahan bukti dengan kembali semula ke lokasi kejadian. Mereka juga tidak lagi berada di Ankara," lapor Anadolu lagi.

Iklan

Khashoggi yang merupakan pengkritik lantang Putera Mahkota, Mohammed Salman (MBS) dilihat kali terakhir di Konsulat Saudi di Istanbul pada 2 Oktober 2018 ketika mangsa mahu mendapatkan dokumen perkahwinan.

Tubuh kolumnis The Washington Post itu didakwa turut dikerat-kerat dan mayatnya gagal ditemui hingga kini.

Iklan

Dalam kes berasingan pada Julai lalu, sebuah mahkamah di Istanbul telah memulakan perbicaraan ke atas 20 warga Saudi tanpa kehadiran mereka termasuk dua bekas pembantu kanan MBS. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN:Kata-kata terakhir Jamal Khashoggi

Bunuh Jamal Khashoggi: Hukuman mati diganti dengan jel;