Misteri tiga das tembakan di Rantau Panjang terjawab

Iklan
Hasanuddin (dua, kiri) menunjukkan pistol dan kayu basbol bertulisan Thailand dirampas daripada suspek.

KOTA BHARU - Lima pintu bilik hotel yang dipecahkan seorang lelaki jadi punca tiga das tembakan dilepaskan sekaligus merungkai misteri yang menggemparkan penduduk Kampung Cabang Tiga Bagus, Rantau Panjang, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, sebelum kejadian pada jam 10.40 pagi itu, seorang lelaki berusia 47 tahun bersama rakannya pergi ke hotel bajet tersebut untuk mencari isteri lelaki berkenaan yang dikatakan hilang sejak sebulan lalu sebelum diserang oleh tiga beradik lelaki berusia 22 hingga 26 tahun yang merupakan penjaga parkir hotel.

Iklan
Iklan

"Sebelum itu, sebaik tiba di hotel, lelaki itu menuju ke arah bilik dan bertindak memecahkan lima pintu untuk mencari isterinya, tetapi gagal ditemui di hotel tersebut.

"Selepas itu, mereka kemudian mahu beredar dengan menaiki kereta jenis Mecerdes Benz, namun secara tiba-tiba tiga lelaki beradik tersebut bertindak menyerang mangsa dengan kayu besbol,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, di sini, hari ini.

Iklan

Menurutnya, mangsa yang dalam ketakutan bertindak mengeluarkan parang untuk mempertahankan diri, namun salah seorang suspek mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakan menyebabkan mangsa tunduk serta mengenai pada badan kereta.

"Ketika suspek yang memegang pistol sedang mengisi semula peluru, mangsa tersebut kemudiannya keluar dari keretanya untuk melarikan diri, namun diugut dan dibelasah dengan kayu basbol serta pistol,” katanya.

Iklan