Guru dipandang serong kerana bertatu

Iklan
Helaine atau Freaky Hoody kini mengajar di sebuah sekolah rendah di Perancis. - Foto Agensi

PALAISEAU - Gara-gara seluruh tubuhnya termasuk muka dan lidah dipenuhi tatu, seorang lelaki di Perancis dilarang mengajar di sekolah tadika kerana ibu bapa bimbang penampilannya akan menakutkan anak mereka.

Sylvain Helaine, 35, yang masih mengajar kanak-kanak berusia enam tahun dan ke atas berkata, kebanyakan muridnya terkejut apabila melihatnya pada kali pertama.

Iklan
Iklan

"Orang sekeliling biasanya memberi tanggapan buruk apabila melihat saya dari jauh tanpa mengenali diri saya," ujar Helaine yang telah menghabiskan masa selama kira-kira 460 jam untuk mencacah seluruh tubuhnya.

Pada tahun lalu, ketika dia mengajar Docteur Morere Elementary School di Palaiseau, pinggir Paris, ibu bapa kepada seorang kanak-kanak berusia tiga tahun bertindak membuat aduan kepada pihak berkuasa pendidikan.

Iklan

Menurut mereka, anak lelaki mereka mengalami 'mimpi buruk' selepas melihatnya.

Beberapa bulan kemudian, dia kemudiannya dimaklumkan tidak lagi boleh mengajar di tadika kerana kanak-kanak di bawah usia enam tahun dikhuatiri akan menjadi takut dengan penampilannya.

Iklan

"Ia adalah keputusan yang agak menyedihkan. Saya suka dengan pekerjaan ini dan tatu adalah minat saya," katanya yang masih meneruskan kariernya sebagai guru sekolah rendah.

Jelasnya, dia berharap untuk memberi tunjuk ajar kepada muridnya supaya menerima individu lain walaupun mereka agak berbeza.

"Mungkin apabila mereka sudah dewasa, mereka tidak akan terlalu rasis dan lebih berfikiran terbuka," tambahnya lagi. - Agensi