Jocelyn Teh Pei Lin,23, menunjukkan corak kasut yang ditenun dengan manik secara manual di kedai keluarganya di Jalan Rangoon di sini.
Beliau bersama adiknya Joel Teh Min Chuen, 22, meneruskan warisan keluarga dalam seni halus kasut buatan tangan atau kasut manik unik, yang biasanya dipakai oleh Baba Nyonya.
Mereka mengambil masa sekurang-kurangnya tiga minggu untuk membuat corak manik untuk sepasang kasut.Kedua-dua beradik itu mula belajar menjahit corak manik dengan tangan sejak lima tahun lepas ketika menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada mendiang nenek mereka, Patricia Choo.
Kasut manik yang dihasilkan secara manual itu dijual dengan harga RM280 hingga RM2,000 sepasang mengikut corak dan jenis kasut.