SUNGAI BULOH - Seorang wanita warga emas berdepan detik cemas apabila menjadi mangsa ragut ketika sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bandar Baru Fasa 3, Sungai Buloh di sini kelmarin.
Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa berusia 70 tahun kerugian wang tunai RM200 dan dokumen pengenalan diri selepas beg sandangnya diragut dua lelaki.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, ketika kejadian mangsa sedang minyak motosikal tiba-tiba didatangi lelaki yang memakai pelitup muka dan terus menarik beg sandang.
"Suspek bersama rakannya kemudian melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Shafa'aton berkata, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek ketika itu sedang mengisi minyak bersebelahan mangsa.
"Mangsa tidak mengalami kecederaan dan polis sedang mengesan suspek.
"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.