KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri tidak bercadang menaikkan kompaun kepada penternak yang membiarkan haiwan ternakan mereka berkeliaran yang membahayakan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar, Dr Alias Razak berkata, kompaun antara RM50 hingga RM250 bagi seekor haiwan ternakan yang dikenakan dan caj tambahan denda-denda lain sebenarnya sudah cukup mahal bagi penternak yang dianggap sebagai golongan sederhana.
Menurutnya, kompaun yang dikenakan ke atas penternak itu adalah untuk mendidik mereka supaya tidak membiarkan haiwan berkenaan berkeliaran di jalan-jalan utama, lebuh raya dan sebagainya yang membahayakan nyawa orang lain.
"Kompaun yang dikenakan itu sudah mahal dan kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan lagi kos berkenaan, lagipun penternak ini adalah golongan miskin dan ada yang tidak mampu menebus semula haiwan ternakan yang ditangkap kerana kos terlalu tinggi.
"Seekor lembu dikenakan kompaun sebanyak RM250, kambing antara RM50 hingga RM100 dan kerbau pula RM200 seekor, itu tidak lagi dicampur dengan caj simpan yang dikenakan sebanyak RM10 sehari meliputi tempat tinggal dan makanan haiwan yang ditangkap,” katanya kepada media pada Sidang Dun Terengganu, hari ini.
Alias berkata, sejak Januari hingga semalam, sebanyak 264 haiwan ternakan telah ditangkap di seluruh negeri dan yang paling banyak di daerah Marang iaitu 76 ekor diikuti Hulu Terengganu (54), Dungun (52), Besut (35), Kemaman (23), Setiu (16) dan Kuala Terenganu (8).
Katanya, setelah 14 hari haiwan ternakan terbabit tidak juga dituntut oleh pemiliknya, pihak berkuasa tempatan di kawasan masing-masing akan membuat lelongan bergantung kepada harga yang sanggup dibayar pembeli.